Assalamu'alaikum W.T..B
Hari ini terasa ingin menulis padahal hari sudah lewat malam. Jam sudah menunjukkan hampir 12.00 malam namun mata masih belum mahu Syahid...Kalau diikutkan hati tidak boleh tidur kerana tunggakan kerja namun bimbang andai mengganggu kerja esok maka diri ini perlu juga melelapkan mata walaupun 1 jam. Pejam celik pejam celik sudah hampir setahun diri ini melalui fasa baru dalam hidup. Fasa baru iaitu sebagai seorang pekerja. Kalau sebelum ini masih bergelar sebagai seorang pelajar namun hari ini semua sudah berubah. Saat-saat bergelar pelajar itulah merupakan kemanisan hidup kerana tanggungjawab yang dipikul tidak melebihi tanggungjawab apabila menjalani fasa baru. Namun kemanisan yang paling manis ialah kemanisan IMAN. Walau apa fasa sekalipun diri ini tetap BERSYUKUR ke HADRAT ILAHI kerana dengan limpah kurnia-Nya masih bernafas diri ini di muka BUMI Allah Taala ini dan masih mampu menghirup udara Milik-nya dan memperolehi nikmat-nikmat kurniaan-Nya.
Menyebut tentang Fasa hidup banyak untuk diketengahkan namun setakat ini dahulu jari2 ini mampu tik tok tik tok di keyboard.. yang penting Fasa sebagai Pelajar kita lebih kepada harapan untuk diri sendiri dan keluarga. Bagaimanapun pada masa itu akal ini sudah pandai memilih jalan yang akan dipilih seterusnya bermulanya peringkat akhir pembelajaran (universiti). Apabila masuk ke Fasa seterusnya HARAPAN itu menjadi lebih..untuk Diri Sendiri dan Keluarga. Bagi yang mempunyai anak , suami @ isteri... lebih lagi harapannya dan bagi yang belum juga begitulah hendaknya. TAPI apa yang paling PENTING harapan DIRI kita kepada Maha Pencipta, dan Apa yang DIRI Kita Dapat Sumbangkan untuk menjadi seorang INSAN yang sentiasa dikasihi dan mendapat REDHA ILAHI. Indahnya andai mendapat Cinta dari-Nya... untuk topik Cintakan Ilahi ini kita akan sambung lagi pada masa akan datang insya'Allah. Sesungguhnya diri ini hanya meRANCANg namun ALLAH SWT jua PERANCANG TERBAIK dan DIA tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya.
Wassalam
(I BelieVe)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan